اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang
beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim
no. 2491)
Amalan dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah
r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar
memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam.
Dengan doa Nabi
s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a.
telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia
dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w.
telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit
penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah
“abdaka haza”.
Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman
yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu
Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami
isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.
Sekadar renungan:
"Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia
mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali
kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh
kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi
dia mengingatmu..."