welcome


Sujud

Rezeki Allah luas dimana jua kita berada tetap ada rezeki jangan risau, yang penting usaha.  Setiap hambaNYA akan lalui ujian atau dugaan, samada cepat atau lambat.  Percayalah kita boleh laluinya dan boleh menyelesaikannya kerana Allah tahu kemampuan kita untuk kita tangani setiap masalah itu.
Yang penting kita yakin dan sabar akan datanglah hikmahnya.  Setiap manusia takkan lari dari menerima ujianNYA samada ujian kecil atau besar, senang atau susah. Subhanallah, Allah itu berkehendak.  Allah s.w.t menyayangi setiap hambaNYA itu sebablah dugaan diberi pada kita supaya kita tunduk dan merayu padaNYA memohon pertolongan.
SOLAT dan DOA adalah kunci kita sebagai umat islam.  Jangan sesekali kita sombong untuk berdoa setiap masa kerna Allah s.w.t Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

♥Tinggalkan Jejak Anda♥