welcome


Sujud

Rezeki Allah luas dimana jua kita berada tetap ada rezeki jangan risau, yang penting usaha.  Setiap hambaNYA akan lalui ujian atau dugaan, samada cepat atau lambat.  Percayalah kita boleh laluinya dan boleh menyelesaikannya kerana Allah tahu kemampuan kita untuk kita tangani setiap masalah itu.
Yang penting kita yakin dan sabar akan datanglah hikmahnya.  Setiap manusia takkan lari dari menerima ujianNYA samada ujian kecil atau besar, senang atau susah. Subhanallah, Allah itu berkehendak.  Allah s.w.t menyayangi setiap hambaNYA itu sebablah dugaan diberi pada kita supaya kita tunduk dan merayu padaNYA memohon pertolongan.
SOLAT dan DOA adalah kunci kita sebagai umat islam.  Jangan sesekali kita sombong untuk berdoa setiap masa kerna Allah s.w.t Maha Mendengar dan Maha Mengetahui

Kekecewaan Menerpa

Tatkala kebahagiaan mengundang datang pula kekecewaan.  Tiada lagi suka malah duka yang menimpa.  Manusia tidak pernah lari dari melakukan kesilapan tapi manusia alpa ujian yang datang menerpa.
Kita tidak harus leka dengan duniawi yang terlalu banyak pancaroba.  Jangan cepat lupa apakah asal usul kita.  Allah tak pernah lupa untuk memberi setiap ujianNYA pada setiap hambaNYA. Kita harus kuat untuk menerimanya.
Tatkala kita duka, sedih dan kecewa percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Terguris


Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yg tidak dijangkakan. Allah Maha Adil, Allah Maha Penyanyang, Allah Maha Mengetahui segala yang berlaku walaupon jauh disudut hati kita.
Kita hanya manusia kerdil yang banyak kekurangannya, banyak khilafnya jadi janganlah kita sentiasa menuding jari ke arah orang lain untuk menutupi kesalahan diri sendiri.
Hidup kita berputar seperti roda, adakala kita di atas dan adakala kita dibawah, janganlah terlalu mendongak ke  atas sehingga kita lupa untuk memandang ke bawah.
Jangan terlalu menyalahkan orang lain tapi diri sendiri yang banyak melakukan kesilapan.  Sedarlah kita bukannya insan yang sempurna.

♥Tinggalkan Jejak Anda♥